Wednesday, November 28, 2012

Nafsu

'Nafsu'... amat payah untuk dilawan.. apa lagi ditawan. Hanya dengan mengingati Allah 'nafsu' mampu dikawal. Memang betul seperti kata Ustaz Pahrol... selagi 'nafsu' tidak mampu dikawal, syaitan akan berleluasa mengawal kita.

Hari ini... didalam usaha melawan nafsu, kita kalah juga apabila tiba2 kita bercerita tentang keburukan sahabat2 disekeliling. Hari ini, didalam usaha menangkis nafsu, kita kalah juga apabila timbul rasa lucu bila terlihat sesuatu yg buruk menimpa teman2. Hari ini, didalam menangani nafsu, kita kalah juga apabila timbul rasa cemburu pada kebahagiaan atau kelebihan orang lain.

Bagaimana lagi cara yang terbaik untuk kita kawal nafsu?. Lari dari semua manusia?... Nafsu tetap juga dengan peranannya.

Bagaimana ingin mencapai tahap-tahap nafsu yang cemerlang, andainya nafsu yang paling rendah tidak dapat kita cecah?

Nafsu yang tidak akan pernah puas akan terus menjerumuskan kita kelembah yang paling hina. Pada seorang isteri, disajikan rasa was2 dengan kasih sayang si suami.. maka timbul keinginan siisteri menanyakan suami tentang perasaan... dan macam-macam....


Nafsu.... jangan lah engkau terlalu lasak...... :)

Sunday, November 4, 2012

Hilangkah hak seorang manusia untuk insan yang bergelar isteri ke-2?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani.. Ampunkan hambaMu Ya Allah andainya coretan ini seolah2 menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pemberianMu. Sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terdetik didalam hati setiap hambaMu... Sesungguhnya aku bahagia dengan ketentuanMu Ya Allah....

Dan sesungguhnya ingin ku kongsikan secebis rasa yang telah Kau kurniakan padaku.. yang bergelar isteri ke-dua.

Sejak takdir itu terzahir... aku sering mengkaji kisah Siti Hajar, bagaimana perngorbanan.. kesetiaan... ketakwaan beliau setelah bergelar isteri kedua kepada nabi Ibrahim A.S. Sejak itu segala tohmahan kata2 kejian tidak lagi menjadi kudis padaku.

Kasih pada maduku tambah mendalam... relaku korbankan segala2nya untuk maduku. Cemburu bukan lagi menjadi teman, sedih pilu tidak lagi menghantui... Betapa hebat rasa kasih yang Kau rezkikan untukku Ya Allah... Alhamdulillah....

Sungguh benar kata2 orang yang terdahulu... tanggungjawab sebagai isteri kedua maha berat dan hebat. Yang terpilih untuk menyandang tanggungjawab itu haruslah 'Redha' kerana... tiada lagi TEMAN yang ingin mendengar setiap luahan... tiada lagi SAUDARA yang ingin melayan aduan.. tiada juga SUAMI yang ingin mendengar rintihan.

Inilah jalan yang dipilih... Maka tabahlah wahai hati... Itulah kata2 hikmat yang akan TEMAN dan SAUDARA lafazkan jika mereka terlihat siisteri kedua dalam keadaan duka. Walaupun mungkin kedukaan siisteri kedua bukan kerana masaalah rumahtangga. **smile**. Namun itulah persepsi masyarakat pada mereka.
Bukankah dirimu sudah tahu bahawa aku sudah beristeri sebelum kita bernikah.. maka tabahlah wahai hati... Ini pula ucapan ikhlas suami sekiranya siisteri kedua terguris hati atau tercuit hatinya.

Wahai Allah.... sesungguhnya aku bersendirian kini... Inilah rezki yang maha hebat buatku... Inilah caranya Kau menarik aku dekat denganMU... Subhanallah.... begitu halus garapan jalan ceritaMU Ya Allah... Aku bahagia kini.... Tiada kurniaan yang paling hebat selain dari rasa ketenangan ini Ya Allah...

'Ya Allah.. Jadikanlah aku hambaMu yang selalu mengingatiMU, mensyukuri nikmatMU dan beramal dengan amalan yang baik'. Amin Ya Rabbal Alamin.......